Saturday 16 March 2013

Bila sebut pasal kematian , semua orang taknak , semua orang cakap 'Tak baik sebut' tapi tu kenyataan dan akan berlaku ,cuma kita taktahu tarikh dan bila. Aku dapat rasakan yang aku tak akan dapat hidup lama kat dunia ni , entah perasaan ni muncul tiba-tiba dan air mata aku pun mula mengalir bila aku ingat apa yang aku mimpi semalam . Sukar nak cerita ,tapi tu la kenyataan . Semalam , aku mimpi yang aku berpisah dengan family aku , aku nampak tanah merah dan tepi aku ada kolam api, aku tak berani nak kata benda tu apa , yang pasti aku dapat rasa kepanasan dan ada 2 orang pakcik dengan anak dia , dorang pakai serban serba putih .Dia kata "api tu panas , siapa yang jatuh , boleh mati" mcm tu la .Dalam kepanasan tu aku cari family aku , aku tercari cari , tapi tetap tak jumpa .Datang sorang pakcik ni dia kata "nak... , semua orng kt sini tengah cari keluarga mereka , jangan la kau bersedih ya nak. suatu hari nanti jumpa la ahli keluarga mu itu" pakcik tu terus tinggalkan aku .Aku terus berjalan mencari keluarga aku , sedang aku berjalan . Angin yang kuat membuatkan kereta kereta semua tercampak dan terbang , bangunan, rumah-rumah semua musnah sekelip mata , aku hanya diam terkedu lalu menyebut 'ALLAHUAKBAR' sambil memejam kan mata aku , apabila aku bukak mata aku, angin yang kuat tu hilang sekelip mata , aku bersyukur tak terhingga.Aku jalan ke depan , dan angin meniup dekat mata aku.Aku mengosok mata aku, lalu aku dengar 1 suara seakan meminta tolong . Ya Allah ! Terkejut aku melihat seorang lelaki tua dalam lingkungan 30-an , lidahnya tiada , berdarah darah mulut dia. Datang seorang laki menegur aku , dia berkata "sesiapa saja yang suka bercakap bohong , maka terputus lah lidahnya". Aku terus menangis , aku lantas memandang ke kiri , aku melihat  manusia berbentuk babi hutan ,datanglah satu suara "meraka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat.Lalu aku jalan sambil memeluk tubuhku , Aku melihat keadaan buta mata kepala , gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan , bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. datang lagi suara itu lalu berkata "meraka adalah orang yang suka minum arak" . Tiba tiba , dalam keadaan tubuh mereka yang penuh dgn penyakit sopak dan kusta meraung kesakitan , suara itu berkata lagi "mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa , maka inilah balasannya" .kata kata itu membuat aku bertambah menangis , dan aku terus tersedar . Aku bersyukur kerana Allah beri aku hidup sampai sekarang . Alhamdullilah . Peristiwa ni buat aku sedar dengan dunia.
.img {filter:alpha(opacity=100); -webkit-transition-duration:.5s; -moz-opacity:1.00; opacity:1.00;} img:hover {filter: alpha(opacity=100); opacity:1.00;} .img:hover {filter:alpha(opacity=60); -moz-opacity:0.6; opacity:0.6;}